LAWALAHFAMILIA - INI BARU LAWA OFFICIAL MV
[Benzoloo]
Tolong panggil bomba, ayatku semakin berapi,
Hingga beberapa orang mengaku mereka naik berahi,
Sampai cuai buka coli, tiada yang terkecuali,
Dibawah pengaruh sayur, tapi bukan sayur brokoli,
Spit dengan random telekinesis kuasa phantom,
Mana pergi kuantum fizik? Oh, mungkin hilang momentum,
Muat turun mixtape tidak perlu yuran,
Kalau kami penjenayah, tunjukkan waran amaran,
Vandalisme kata-kata hanya mainkan peranan,
Golongan dewa-dewa jadi aku bagi firman,
Di masa akan datang, aku kekal kill,
Kamu dalam kain kapan diam-diam jadi fosil
[Fahmie Freakmie]
Aku datang aku muncul, semua jadi panik
Ramai ingin bersaing, semua aku jentik
Macam burung berterbangan, semua aku lastik
Ramai orang hebat, aku paling fantastik
Semua orang bangun, bila aku duduk
Bila aku berjalan, semua orang tunduk
Swag aku mengila, dari malam sampai subuh
Auraku tetap utuh, namaku masih kukuh
Gayaku masa depan, kau masih masa silam
Dadaku berisi, penuh bakat terpendam
Caci maki dari kamu, semua aku sangkal
Semua akan mati, tapi kau paling awal
[Rash The Warchild]
Warchild,brotha resurrected from the raw style,Killin’ suckaz up in a line,the lyrical 4 pound,Catch these rappers hang ‘em and we hook ‘em with ‘em arms down,Choppin’ up the bodies,walk away with a long smile,
Calm down,who ya tryna fool,check the swordplay,Slashin’ up the path cuz these suckaz floodin’ the hallway,Paintin’ up the walls with the blood and rockin’ ya doorway,Never try to test the youngest brotha,he was born great,
LAWALAH,Army of the psychos,we’re the roughest,Drop ya manhood for callin’ ya self the toughest,Even in a cypher man I’m known to drop numbers,Rappers start to love the coffins when I blow the death kiss.
[Rahh5Kaki]
Idealogi macam macam berani petik semua isu
Biar aku tolong fix u siapa kolot its u
Ada target tapi lari bajet walau sedikit
Buat sindekit kumpul disstrack dalam disket
Lain punya pemikiran jadi telitikan
Kami mcm perisikkan buat bnyak perisian
Anggap saja kita connet mcm telepati
Markas kami rabak tapi ramai yg datang terapi
Ini kala jengking serang tanpa sirent
Kami terlalu violent bunuh rapper tapi silent
Jangn main main dengan ini familia
Kami buatan blakang pintu bukan dari amerika
[Redwood]
Gempar satu bandar buat orang semua takut
Jangan cuba cari atau salah ragut
Fikir dua kali sebelum ada yang sambut
Ini lawalah jangan silap cari maut
Panggil raja rimba mari turun ke belantara
Jauh dah berjalan dari timur ke utara
Ramai silap masuk nak cuba bertapa
Boleh sampai lupa tempat siapa
Jangan cuba memperhati
Tiada kubur tuk di gali
Kami budak berani mati
Mana kes tutup ini bukti
Hentikan semua mimpi tiada drama ini realiti
[KC]
scene bawah tanah KK terus terjah
Hingga Senegara terpesona bila aku buka langkah
Aku memang lincah pijak haters macam sampah
Cipta fenomena semua peluang aku ratah
Aku kill dalam flow ini kami punya show
Mereka masih follow 12 baris aku blow
Action matrix slow mo power rangers go go
Mixtape ini hadiah christmas kami santa ho ho
Beat by the bestStrategi umpama chess
Seantero tak boleh rest
Jangan berani bikin mess
Satu tiga puaka killer paling berbisa
Lawalah familia
Kami bukan biasa biasa
[Chorus]
Ramai mula tanya mereka siapa,
Dari semenanjung sampai ke borneo
Belum ada empayar tapi luar biasa
Belum sampai radio, tapi kami ready,
YO!Ramai mula tanya mereka siapa,
Dari semenanjung sampai ke borneo
Belum ada empayar tapi luar biasa
Belum sampai radio,
tapi kami ready, YO!
[Sabbala]
Semua percaya horoscope, tahu bila nak monoposekita halimunan kata MonoloQue, cuba tengok, aku tengokRamai yg jakun tu pakai monopod, aku beza jadi, fuiiikkk,
Tiada siapa dapat analog
Dan, aku paling benci orang yg tak bersyukurtugas aku tarik balik siapa mintak nak kebulurberani diss, aku ada rhyme dalam poket, macam nine
Korang simpan dime dalam kocet
Ini Familia, korang familiar
Cam chimpanzi
Stim sees me,
My verse, y’all dapat malaria
Kami lain, bila kutuk, “He’s Dope”
Dari lambung duit baik simpan utk hidup
[Chief Qif]
Merik laluan aku mauk bukak mulut
Ada kata laluan tapi sik mok di sebut
Sitok ku mok madah apa nok ku sambut
Kenek tok lawalah semua mauk rebut
Eboh berangan ada ati mok ngaco
Kelak nyesal tubuh badan agik anco
Ramey lagik lawa hanya kata pembukak
Kenek tok mun di dengar lari berselerak
Jurus kuntaw sik boleh mok tapaw
Mun mok juak takut kau jadi paw
Ramey org dengar lagu sik kenal rupa
Iboh nilai org kalau sik pernah jumpa
[Jamil Hantu]
Semua nak jadi jahat, panggil aku super hero/Aku mutasi pendengar jadi khayal dengan flow/Aku buas atas pentas, siapa berani datang bidas/Dengan mic ku beraksi, siapa berani datang rampas/
apa guna mulut pistol kalau peluru makan tuan/Lirik langsung tiada maksud tiada satu pun punchline/Aku macam sukan buat hiphop kekal sehat/Takkan mati lelah penat still ada semangat/
Antara pedang dengan mic, mahu lari atau fight?Dua pilihan pasti mati tiada siapa yang selamat/Jadi jangan cuba cabar bila kami sedang diam/Serious bro, LAWALAH! Kami lain macam ~
[The Boss]
Kawan ramai keliling tuai senyum seiring
Apa nak hirau kami buat sampai pening
So sesiapa garang jgn tunjuk samseng
Sila beri subjek kami takkan runsing
Dunia ini berputar keliling .alam semesta
Attitude dah dicipta dimana titik benua
Dimana kita berada tetap akan bersama
Kamu jgn risau kami bantu semua
Jujur mahu winston visual kami filem
Putar kata Halim ganggu semua system
Mulut sudah haus masih belum malam
Jumpa aku sini aku ajar salam
[Mady Bee]
Pecah acara berkira aku tak kira,belanja siapa terasa ambil semua,
sekolah lawalah bilang otak guna otak,tak main luar kotak kami bkn budak2,
aku last minit k.o mcm rocky pencen,tapi aku asthmatic uppercut dgn pensilini psychic bikin sakit, mistik penyakitberjangkit, sistematik flow bak air dipenuhi jentik-jentik,
kan ku serang musuh pakai toothpick,yang sopan masih guna chopstick,Nak syaiton sapukan lipstick?syaitan ckap dah boleh kiss rapper plastic,
[Nawi]
Permulaan dari dasar ke permukaan,Kami turun padang, korang buat pertukaran,Pengeluaran, baris bunuh kau punya reputasi,Rap-mutasi, membiak ke telinga kau reput-basi,
Hip hop pembagunan, kami majlis perbandaran,Lagu kena samak, kau dan najis berpadanan,Ayat perlindungan diri, seni pertahanan,Resepi cipta sendiri, seni kau dibahankan,
Cuma pesanan, rap aku walimatulurusJangan tinggal kesan, wa nak lu mati terus,Kami navigasi hip hop, rapper ikut arahan,Bekal lirik kebal kekal tiap peradaban,
[DJ Ruckes]
(SCRATCHING)
[Chorus]
Ramai mula tanya mereka siapa,
Dari semenanjung sampai ke borneo
Belum ada empayar tapi luar biasa
Belum sampai radio, tapi kami ready,
YO!Ramai mula tanya mereka siapa,
Dari semenanjung sampai ke borneo
Belum ada empayar tapi luar biasa
Belum sampai radio, tapi kami ready, YO!
0 Response to "LAWALAHFAMILIA - INI BARU LAWA OFFICIAL MV"
Post a Comment