Lirik Lagu Bawah 3000 -SSK feat Faizal Tahir

Lirik Lagu Bawah 3000 -SSK feat Faizal Tahir



Berat mata tapi tak ringan-ringan

Muat mulut belum sempat nak simpan

Duit minyak dan tol berkepul-kepul

Aku kejar kertas macam orang tak betul

Wajahku melabur sambil ku beratur

Dipinggir pinggan hanya makan yang teratur

Piramid hidup aku akur dengan catur

Mainan raja tapi askar yang diatur

Mengapakah nasib beribukan peluang

Beratus yang pergi beribu yang pulang

Impianku tinggi nak cari sekupang

Hidupku penuh, penuh penuh dengan hutang

Pencarian dalam pendakian bukan isu

Kalah dalam perang jangan macam tertipu

Dalam rumah atas kertas hanya kat situ

Masih bawah tangga masih bawah 3000

Yang ku ada untuk sementara

Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah

Yang kurasa kebas merata

Bergelut mengatur hidupku

Tujuh balas sebelas seribu satu dulang

Belum wang hantaran baik jadi bujang senang

Raja sehari tanggung bertahun hutang

Bukan soal adat tapi takut mulut orang

Bila barang naik huh bini merengek

Bukan miskin bandar ramai dah sengkek

Akal tak boleh cetek tinggal kat Pantai Dalam

Kerja kerja kerja sampai lewat malam

Kalau ditebuk dah tak ada guna

Kredit kad pulak hanya mampu bayar bunga

Harga air di Pelita macam minyak pelita

Tak dapat jawapan jualkan saja

Dulu belanja tak fikir sekarang kena ke fikir

Mulut asyik mengeluh jarang sekali berzikir

Ukur baju di badan nak lebih dari itu

Boleh jadi tiga suku bila bawah 3000

Membujur lalu melintang patah hidupku diratah

Pencarian dalam pendakian bukan isu

Kalah dalam perang jangan macam tertipu

Siapa, di mana suara yang membela

Yang ku ada untuk sementara (masih bawah 3000)

Yang diberi bukan selalu yang dipilih terus mencari

Yang kurasa kebas merata (masih bawah 3000)

Bergelut mengatur hidupku

Dan bagaimana yang di bawahnya

Hidup penuh dengan kemungkinan

Dan sampai bila mahu ditanya

Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan

Dan bagaimana yang di bawahku

Yang di bawahku sesat entah ke mana

Dan sampai bila mahu ditunggu

Dan bagaimana

Cari jalan bukan alasan

Cari jalan bukan alasan

Cari jalan bukan alasan

Bukan alasan

Cari jalan bukan alasan

Cari jalan bukan alasan

Cari jalan bukan alasan

Bukan alasan

Yang ku ada untuk sementara

Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah

Yang kurasa kebas merata

Bergelut mengatur hidupku

Bertahan

Bertahan aku

Berjalan

Berjalan terus

Sumber: http://lagulagumalaysia.blogspot.com


0 Response to "Lirik Lagu Bawah 3000 -SSK feat Faizal Tahir"

Post a Comment

Carian Lagu

Carian Lagu