Liza Hanim : Lara

Di balik rona ceria
Terpaling mendungnya
Bagai pelangi yang pudar warna

Serinya diambil
Segala semua
Terumbang-ambing cari arahku
Bekalan rindu hancur dan berderai
Yang kuidamkan kini terlerai

Serahkan kembali cinta itu
Yang pernah kau sanjungi dahulu
Apalah erti, sandiwara ini
Hari-hari yang bakal bersua
Pasti kosong tidak bermakna
Khabarkan sahaja pada semua
Akulah lara

Seperti tak percaya
Luka masih ada
Bila kau hilang rasa derita

Mungkin kekal begitu
Siapalah tahu
Kan aku cari penawar pilu
Bisakah ikan lemas di dalam lautan
Begitulah aku penasaran

Pencarian erti diselangi mimpi
Kerana kasmaran cinta aku menderita
Berikan ku jalan
Biar karma sahaja
Yang akan menentukan

0 Response to "Liza Hanim : Lara"

Post a Comment

Carian Lagu

Carian Lagu