Elyana : Tak Tercapai Akalmu

Ku congak apa yang di depanku
Sebelum atur langkah
Ku tahu kan ke mana

Tak mudah aku kan diperdaya
Dengan pujuk dan rayu
Hasut ku ke duniamu

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
Yang kau sangka mudah di rebah
Santunku bukannya ku lemah

Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai akalmu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai dek akalmu

Related Posts :

  • Elyana : Tak Tercapai AkalmuKu congak apa yang di depankuSebelum atur langkahKu tahu kan ke manaTak mudah aku kan diperdayaDengan pujuk dan rayuHasut ku ke duniamuSesun… Read More...
  • Elyana : Kau Atau AkuBerlindung disebalik wajah selambaBagai tiada apa perasaanDi antara kita berduaLucunya dalam saling berpura-puraSemua orang tahu kau dan aku… Read More...
  • Elyana : Kalis RinduDesiran daun dihembus anginTin kosong dan tong golek ke kakiMembelah sunyikuMenonton bayang wajahmu di mindaKala ku sendirian terpisah jauhB… Read More...

0 Response to "Elyana : Tak Tercapai Akalmu"

Post a Comment

Carian Lagu

Carian Lagu