https://sinakal.ml

Amir dan Saari Amri : Kita Sama Saja

( 1 )
Jari manis terluka
Semua turut terasa
Begitu di umpama
Naluri sesama insan

Kita masih sama
Saling memerlukan
Antara kita... Oh

Kita masih sama
Walaupun berbeza
Parasnya...

Gentar rimbe perkasa
Ke tanah 'kan tumbang jua
Musim silih berganti
Yang patah tumbuh kembali

( 2 )
Kita masih sama
Menghulurkan bakti
Di dunia...

( 3 )
Tiada siapa inginkan
Kedaifan hidup...
Apalagi hinaan
Mahupun permusuhan...

Hidup biarlah sederhana
Tanpa leka...
Falsafah kecintaan
Yang penuh keindahan

( 4 )
Air dicincang
Tak mungkin 'kan putus
Begitulah persaudaraan kita
Selamanya...

Susah dan senang
Sama merasai
Tadahkan tangan
Tanda kesyukuran...
Di hati kita...

( ulang 3, 4, 1, 3 )

1 Response to "Amir dan Saari Amri : Kita Sama Saja"

  1. Para peminat Saari Amri boleh mendapatkan buku kisah hidup Saari Amri [Klik di sini] sebelum beliau menjadi terkenal di sini.

    ReplyDelete

Carian Lagu

Carian Lagu